LATEST NEWS

Saturday, September 20, 2014

Program Lawatan Akademik ke Makmal Patologi

Program Lawatan Akademik ke Makmal Patologi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Satu program lawatan akademik ke makmal patologi di Hospital Selayang telah diadakan pada 10 september 2014  dengan bertemakan "EXPERIENCING THE FUTURE". Lawatan ini merupakan program dibawah pengarah program Norfarah Izzaty binti Razaly
Exco Akademik,Penyelidikan dan Inovasi (API) . Peserta program ini terdiri daripada pelajar MLT semester 3 dan semester 5 seramai 40 orang diiringi pensyarah iaitu Encik Norhisham bin Haron dan Encik Mohd Fahmi bin Mastuki.
 

Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan peluang kepada para peserta untuk melihat suasana di makmal patologi Hospital Selayang di samping menimba ilmu daripada staff jabatan patologi yang berpengalaman. Selain itu, Encik Mohd Fahmi bin Mastuki turut berkongsi ilmu mengenai jabatan patologi dan jabatan-jabatan lain yang terdapat di Hospital Selayang kepada para peserta yang terlibat. 

Staff jabatan patologi sedang memberi penerangan kepada para peserta

Encik Mohd Fahmi bin Mastuki sedang berkongsi ilmu dan memberi 
sedikit penerangan kepada peserta.


Alhamdulillah, program ini berjalan dengan baik dan lancar. terima kasih diucapkan kepada para ajk yang terlibat menjayakan program ini dan pensyarah pengiring serta para peserta yang memberi kerjasama sepanjang program ini dijalankan. Semoga pengalaman dan segala ilmu yang diperolehi daripada program ini bermanfaat bagi peserta yang terlibat. Sekian, terima kasih...



0 comments: