LATEST NEWS

Tuesday, September 16, 2014

Meltech Team Building 2014


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Pada 29 hingga 30 March 2014 telah berlangsung satu program "Meltech Team Building 2014" yang bertempat di Pusat Latihan LKIM, Camar Laut Bagan Lalang, Sungai Pelek Sepang, Selangor selama 2 hari 1 malam.
Program ini diadakan untuk mengeratkan lahi silaturrahim antara Majlis Tertinggi (MT) dan Exco MELTECH 2014. Selain itu, program ini juga untuk memupuk sifat kerjasama dan keyakinan diri kepada para MT dan Exco MELTECH. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program.


Ini adalah tempat penginapan pelajar sepanjang Program Meltech Team Building ini diadakan.

Aktiviti pertama yang kami adakan sepanjang program ini adalah aktiviti memasak dimana sepanjang program ini dijalankan makanan semuanya dimasak oleh para pelajar sendiri dengan mengikut jadual memasak yang telah ditetapkan. Aktiviti memasak ini memupuk sifat kerjasama,displin  antara pelajar dalam membuat sesuatu program.






Keunikan dalam program ini adalah makan beramai ramai dengan menggunakan 1 dulang. Maka,dengan makan berdulang ini akan mengeratkan lagi silaturrahim antara pelajar.


Setelah selesai makan tengahari dan solat zohor, aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti "Ice Breaking". Aktiviti ini dijalankan dimana setiap pelajar perlu bertanya dan mengingat semua pengenalan diri ahli masing-masing.


Aktiviti ini juga menjadi lebih meriah dan santai dengan aktiviti "Berita Berkepala Tiga". Aktiviti ini memupuk sifat kreatif dan imaginasi para pelajar.


Aktiviti petang itu diteruskan lagi dengan mencari kayu api di pantai berdekatan Pusat LKIM Camar Laut. Aktiviti ini dilakukan untuk semua pelajar bekerjasama mencari kayu api untuk penyediaan program kerohanian pada malam hari.

Aktiviti pada malam tersebut ialah BBQ dan program kerohanian.
Program kerohanian diadakan di pantai dengan membuat unggun api. Program tersebut dijalankan dengan membaca surah Al-Mulk dan membincangkan tafsiran surah Al-Mulk dan kata-kata motivasi daripada Presiden Meltech, Ahmad Izzat Bin Ahmad Basri.

                                      



Seterusnya, aktiviti pagi dijalankan dengan senamrobik yang diketuai oleh MT Meltech.



Seterusnya, aktiviti "Boling Pantai" dijalankan di Pantai Camar Laut. Aktiviti "Boling Pantai" ini menjadi lagi menarik dan meriah kerana aktiviti ini menggunakan buah kelapa sebagai bola boling. 



Aktiviti diteruskan dengan Majlis Penutupan Meltech Team Building dengan menyampaikan cenderahati kepada Pengarah Program dan Pensyarah dan hadiah kepada para pemenang.



Akhir sekali, program ini sememangnya mengeratkan hubungan silaturahim dan sifat kerjasama antara MT dan Exco Meltech. Semoga program seperti ini diteruskan lagi sebagai program wajib MELTECH bagi setiap batch junior yang akan datang.
Sekian, terima kasih.

0 comments: