LATEST NEWS

Sunday, October 19, 2014

Meltech Scene Investigation (MSI) 2014

Meltech Scene Investigation (MSI) 2014


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pada 19 hingga 21 September 2014 telah berlangsung satu program orientasi iaitu Meltech Scene Investigation (MSI) 2014 yang dianjurkan oleh Persatuan MELTECH, bertempat di Dewan Serbaguna Rafflesia UiTM Puncak Alam. Program ini berlansung selama 3 hari. Pelbagai program ilmiah dan rekreasi dijalankan sepanjang program itu berlangsung.
Program MSI bertujuan untuk memberi peluang kepada semua pelajar baru MELTECH untuk mengenali sesama sendiri dan mengenali MELTECH dengan lebih dekat lagi.

Pada 19 September 2014 telah berlangsung aktiviti "Senpai Kohai" dimana semua pelajar baru dikehendaki mencari senior mereka dengan nama-nama gelaran yang diberi.






Pada hari yang sama, aktiviti "Ice Breaking" pula diadakan di Dewan Serbaguna Rafflesia untuk merapatkan ukhuwah para pelajar baru untuk mnegenali antara satu sama lain.















Pada hari seterusnya, 20 September 2014 diadakan satu aktiviti ilmiah iaitu "Forum Kerjaya MLT: Cabaran dan Masa Depan" yang disampaikan oleh En.Abdul Razak Bin Abdul Khalid (MLT Hospital Pantai Ampang) dan En. Farid Ridhuan Bin Ismail (MLT Hospital Selayang).
Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada semua pelajar MLT berkenaan dengan peluang kerjaya kursus ini.




Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan aktiviti "Bisikan Makmur" dimana aktiviti ini menguji tahap mendengar dan ingatan terhadap para pelajar untuk mengingat ayat yang diberikan untuk disampaikan kepada rakan-rakan yang lain.




Aktiviti diteruskan dengan aktiviti "Menara Impian" dimana setiap kumpulan dikehendaki membina "Menara Impian" kumpulan mereka dengan menggunakan kertas, straw, surat khabar dan gam. Sepanjang mereka berbincang dan sedang membina 'Menara Impian" mereka, mereka dikehendaki berbincang dan bercakap dalam Bahasa Inggeris. Mereka juga perlu membentangkan dan berdebat tentang "Menara Impian" mereka dalam Bahasa Inggeris. Aktiviti ini dilakukan untuk memupuk kerjasama antara para pelajar dan meningkatkan pertuturan Bahasa Inggeris mereka.










Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan aktiviti mini sukaneka. 




Pada malam harinya, aktiviti diteruskan dengan aktiviti "Malam Kebudayaan" di mana semua kumpulan dikehendaki melakukan persembahan seperti mana tugasan yang telah diberikan. 
Kehadiran para alumni dan para pelajar semester 3,5 dan 7 turut menyerikan lagi aktiviti ini.





Pada 21 September 2014, aktiviti diteruskan dengan aktiviti "Aerobik Jom" dan "Meltech Amazing Race" yang diadakan sekitar kawasan kolej UiTM Puncak Alam. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk menyihatkan badan para pelajar dengan aktiviti rekreasi disamping memupuk semangat kerjasama di antara satu sama lain.











Seterusnya, program ini berakhir dengan Majlis Penutupan yang dirasmikan oleh Dr. Wan Mazlina Md Saad. Ucapan perasmian dan kata kata semangat serta nasihat daripada Dr. Wan Mazlina Md. Saad dan pengarah program MSI 2014 Zuraini Binti Danial. Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pelajar dan fasilitator.



















Semoga dengan mengadakan program sebegini, kita dapat mengeratkan lagi silaturahim dan ukhuwah antara satu sama lain. Sekian, terima kasih.


9:27 PM Posted by MELTECH UiTM 0