LATEST NEWS

Wednesday, November 24, 2010

SESAAT, SENTIASA SIHAT [13 NOV 2010]

Pada 13 November 2010, Persatuan Meltech telah menyertai SESAAT iaitu sebuah program yang dianjurkan UiTm bersama penduduk Puncak Alam. Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada orang ramai tentang bahaya denggi dalam kalangan mereka.
Program ini dijalankan dari pukul 6.30 pagi hingga 12 tengah hari bertempat di Surau Haji Ismail, Puncak Alam Fasa 3. Pelbagai aktiviti dijalankan termasuk CEGAH DENGGI, Health Promotion, Ceramah, Derma darah, Pertandingan Mewarna untuk Kanak-kanak dan banyak lagi aktiviti yang menarik.
Meltech juga tidak ketinggalan membuka booth khas untuk pengunjung yang ingin tahu lebih lanjut mengenai Teknologi Makmal Perubatan. Antara aktiviti booth kami ialah penerangan mengenai bahaya kanser dan pertunjukan slide menggunakan microscope yang di bawa sendiri dari makmal kami.

1 comments:

tahniah....
event yg best!!!!
1st event kan????