LATEST NEWS

Tuesday, September 16, 2014

Health Sciences Islamic Festival (HI FEST) 2014

 Health Sciences Islamic Festival (HI FEST) 2014

  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Pada 21 hingga 27 April 2014 telah berlangsung satu program islamik dan kerohanian Islam iaitu Health Sciences Islamic Festival (HI FEST) 2014 yang dianjurkan oleh Persatuan MELTECH dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan semua persatuan di dalam Fakulti Sains Kesihatan. Program ini berlansung selama 7 hari. Pelbagai program kerohanian dijalankan sepanjang seminggu itu. Antara program yang dianjurkan oleh MELTECH ialah Majlis Perasmian HI FEST, Karnival Jualan Islamik, Kuiz Islamik, Malam Kebudayaan Islam dan Majlis Penutupan HI FEST. 


 Pada 21 April 2014 telah berlangsung Malam Perasmian HI FEST yang diadakan di DK 500, UiTM Puncak Alam. Majlis bermula dengan bacaan doa dan ucapan daripada Pengarah Program HI FEST, Nurul Amalina Binti Ahmad Daud dan Timbalan Dekan FSK Dr. Mohd Hanafi Ali sekaligus merasmikan program HI FEST.
   Pengarah program HI FEST,  Nurul Amalina Binti Ahmad Daud

 Timbalan Dekan FSK Dr. Mohd Hanafi Ali
tim


                          Pada Malam Perasmian HI FEST tersebut juga terdapat ceramah yang bertajuk “BUMI CINTA” yang bertemakan “Menghidup dan Mempertahankan Sunnah” yang disampaikan oleh Penceramah Jemputan iaitu Ustaz Zamri Bin Hashim dan Ustaz Muhadir Bin Haji Joll. Majlis perasmian pada malam itu dimeriahkan lagi dengan persembahan istimewa daripada Kumpulan Qasidah Muhibeen. 

 Ustaz Zamri Bin Hashim
 Kumpulan Qasidah Muhibeen
 Ustaz Muhadir Bin Haji Joll


                     Sepanjang 7 hari program HI FEST ini dijalankan, terdapat Karnival Jualan Islamik yang diadakan di Foyer FSK 6. Pelbagai booth jualan diadakan di situ. 



 Program HI FEST yang seterusnya yang dianjurkan oleh MELTECH ialah Kuiz Islamik yang bertempat di Bilik Study Kolej Angsana. Program ini terbuka kepada semua pelajar Fakulti Sains Kesihatan yang mana 1 kumpulan/ persatuan mesti mewakili 3 orang pelajar bagi menyertai Kuiz Islamik ini. 

                  Seterusnya, pada 26 April 2014 telah berlangsung Majlis Kebudayaan Islam yang diadakan di DK 500, UiTM Puncak Alam. Majlis Kebudayaan Islam ini diadakan bertujuan untuk memamparkan Video Islamik pelajar daripada setiap persatuan yang bertanding dalam Pertandingan Video Islamik dan juga persembahan pelajar daripada setiap persatuan Fakulti Sains Kesihatan.. Pada malam tersebut juga berlangsung undian bagi Pertandingan Video Islamik oleh para pelajar yang hadir pada Malam Kebudayaan Islam tersebut. 

Persembahan pelajar 


                 Pada 27 April 2014 telah berlangsung Majlis Penutupan HI FEST yang diadakan di DK500 UiTM Puncak Alam yang mana majlis tersebut bermula dengan bacaan Al-Quran dan ucapan daripada Pengarah Program HI FEST, Nurul Amalina Binti Ahmad Daud dan Timbalan Dekan FSK Dr. Mohd Hanafi Ali. Majlis pada malam tersebut diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada semua pemenang bagi setiap pertandingan yang dijalankan sepanjang program HI FEST ini. Semoga program kerohanian seperti ini dapat diadakan setiap tahun di UiTM Puncak Alam. Sekian, Terima Kasih



0 comments: