LATEST NEWS

Monday, August 12, 2013

MELTECH Entrepreneurship Week

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia..

MELTECH Entrepreneurship Week”  telah diadakan
pada 12-14 March 2013 yang  bertempat
Di Plaza Satelit B, Uitm Puncak Alam.


Minggu Keusahawan adalah salah satu  program
persatuan MELTECH yang
diadakan khas untuk mengasah
bakat-bakat pelajar yang terpendam
dalam bidang keusahawan
malah tak lupa
juga hubungan sesama pelajar
dapat dieratkan lagi.

  
"Haa..sila-sila ke booth kami..''
"Float special satu!''



Di samping itu, tapak untuk peniaga-peniaga
luar turut dibuka untuk memperkembangkan lagi
perniagaan mereka. 







Presiden,Saddam Hussein (berkaca mata tinted) dan
naib presiden, Mohamad Haikal (berbaju belang)
gigih turun padang
memerhatikan aktiviti ahli persatuan.


Aktiviti sebeginilah yang banyak membantu
pelajar untuk berfikiran dengan lebih
matang dan kreatif apabila berhadapan
dengan pelanggan yang merupakan
salah satu perkara rutin dalam kerjaya kelak.

Berakhir sudah program ini 
selama seminggu
dengan jayanya dan penuh bertenaga. 
Jutaan terima kasih 
diucapkan kepada semua pihak 
yang terlibat
secara langsung mahupun tidak
langsung dalam menjayakan
program ini.

Akhir kata, diharap program seperti ini akan 
diadakan pada
masa akan datang. Sesungguhnya, berniaga itu 
adalah satu tuntutan agama.
Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa kedudukan 
perniagaan adalah merupakan suatu kedudukan 
tinggi di sisi Allah SWT sebagaimana
sabdanya yang bermaksud :
" Sembilan persepuluh sumber rezeki 
(boleh diperolehi) melalui perniagaan.
(Hadis Riwayat Tirmizi)


Sekian,jumpa lagi :)




0 comments: