LATEST NEWS

Monday, August 12, 2013

SKYTREX Adventure

Assalamualaikum & salam ukhuwah :)



Bertemu kembali kita ke warkah blog MELTECH
yang sentiasa segar di ingatan.
SKYTREX ADVENTURE merupakan aktiviti persatuan MELTECH
yang telah diadakan pada 7 April 2013,
bertempat di Skytrex Adventure Park,
Shah Alam.




SKYTREX ADVENTURE merupakan aktiviti lasak
yang diadakan julung kalinya
khas untuk peserta yang ingin 
mencuba sesuatu
yang baru yang lebih mencabar.

Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan 
seseorang untuk
berhadapan dengan pelbagai rintangan
akan lebih bertambah 
seiring dengan pelbagai halangan yang perlu 
ditempuhi 
sepanjang laluan.

Big Thrill, Extreme Challenge dan Little Adventure
merupakan senarai aktiviti buat penggemar
aktiviti lasak.

Big Thrill mempunyai 23 cabaran
yang memakan masa selama 1 jam setengah
hingga 2 jam untuk dilaksanakan dengan
sempurna. 





Manakala, Extreme Challenge juga mengambil
masa selama 1 jam setengah hingga 2 jam 
tapi hanya mempunyai
21 cabaran.

Little Adventure hanya terdapat 15 cabaran
untuk setengah jam hingga 
1 jam.


Wahh, stamina mesti kena kuat tau!  


Walaupun penat, tetapi kepuasan 
dan kegembiraan
jelas terpancar di wajah setiap peserta.



 

 Program ini berjalan dengan penuh jaya dan bertenaga.
WELLDONE!


1 comments:

Best sangat SKYTREX...
xsabo nak try yg lain2...
syok2...

Next event tahun berikutnya buat la lagi...mencabar...

Tahniah MELTECH...
:D