LATEST NEWS

Saturday, August 24, 2013

Kursus Pengurusan Jenazah 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Kematian bermaksud diamnya jiwa dan terpisahnya roh dari jasad. Kematian adalah sesuatu yang pasti bagi setiap yang hidup di atas muka bumi ini kerana ia adalah titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi.  Kematian tidak akan menjemput manusia sebelum tibanya ajal.

"...Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan-Nya"
Surah Yunus : 49

Coretan kali ini berkisahkan tentang program Kursus Pengurusan Jenazah anjuran persatuan Meltech yang telah berlangsung pada 18 Mei 2013 bertempat di Dewan Serbaguna Angsana. 


Kursus ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta tentang cara-cara pengurusan jenazah yang betul. Pengurusan jenazah merupakan fardu kifayah kepada umat Islam iaitu sekiranya sebahagian anggota masyarakat melaksanakannya maka terlepaslah tanggungjawab itu, tetapi sekiranya tiada seorang pun yang melakukannya maka berdosalah seluruh masyarakat di kawasan itu. 

Para peserta diajar secara terperinci cara-cara untuk memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengebumikan jenazah
Orang yang paling berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah ahli keluarga atau waris yang terdekat. 

Tindakan awal apabila berlakunya kematian
  • Menutup mata jenazah dan mulutnya diikat dari bawah dagu hingga atas kepala dengan kain bersih supaya tidak terbuka.
  • Melembutkan sendi-sendi anggota mayat supaya mudah dimandi dan dikafankan.
  • Meletakkan sesuatu yang sederhana berat diatas perut jenazah supaya tidak kembung.
  • Menutup tubuh badan mayat agar auratnya tidak terdedah.
  • Jenazah diletakkan meghadap kiblat dengan kedua-dua tangannya diletakkan diatas dada.

Pengurusan jenazah merupakan penghormatan yang terakhir kepada jenazah

Sifat yang perlu ada pada orang yang menguruskan jenazah ialah berani, sabar, amanah serta mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup

Memandikan jenazah
Jenazah dimandikan untuk meratakan air keseluruh anggota tubuh jenazah bertujuan untuk menghilangkan najis serta mengangkat hadas supaya suci dan bersih. Jenazah yang wajib dimandikan ialah jenazah yang tidak gugur dalam peperangan dengan orang kafir.

Mengkafankan jenazah
Mengkafankan jenazah bertujuan untuk menutup seluruh tubuh jenazah bagi tujuan menjaga maruah dan kehormatan jenazah. Afdal bagi jenazah lelaki dikafankan dengan tiga lapis kain putih manakala lima lapis kain putih bagi jenazah perempuan.


Proses mengkafankan jenazah

Kain kafan disunatkan berwarna putih, bersih, kering, wangi dan menutupi seluruh tubuh

Mensolatkan jenazah
Mensolatkan jenazah merupakan solat yang dilakukan oleh orang yang hidup kepada orang yang telah meninggal dunia. Syarat sah bagi solat jenazah ialah jenazah telah dimandikan, jenazah telah dikafankan, menghadap kiblat dan jenazah berada dihadapan orang yang solat jenazah. 

Solat jenazah

Mengebumikan jenazah
Selepas selesai disolatkan, jenazah perlulah dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Kedalaman liang lahad adalah lebih kurang 2 meter untuk menutupi bau busuk jenazah dan mengelakkan jenazah dari dimakan oleh binatang buas ataupun burung. Jenazah dimasukkan ke dalam liang lahad dengan berhati-hati dan diletakkan mengiring diatas rusuk kanan menghadap kiblat. Orang yang datang menhantar jenazah ke tanah perkuburan disunatkan untuk berdoa memohon keampunan ke atas jenazah.

Antara peserta lelaki yang menyertai Kursus Pengurusan Jenazah

Kursus ini telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu slot 1 (ceramah) dan slot 2 (sesi praktikal). Sesi ceramah telah berlangsung di Dewan Serbaguna Angsana. Semasa sesi ceramah, para peserta didedahkan tentang cara-cara pengurusan jenazah secara teori.

Bagi sesi praktikal pula, para peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan. Bagi peserta lelaki, sesi praktikal dilakukan di Ruang Solat Utama Angsana manakala peserta perempuan pula di dalam Dewan Serbaguna Angsana. Dua orang wakil (seorang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan) dipilih untuk menjadi model (jenazah) untuk memudahkan sesi pembelajaran. 

Penyediaan kain kafan

Para peserta khusyuk mendengar penjelasan dari tenaga pengajar

Bimbingan dari tenaga pengajar

Para peserta diberi peluang untuk mengkafankan jenazah



Sedikit cenderahati kepada tenaga pengajar

Pengarah Program (saudara Izzat Basri) selaku pengarah program kursus pengurusan jenazah

Iman al-Termizi telah mengeluarkan hadith riwayat Shidad bin Aus katanya;
sabda Nabi s.a.w." الكيس من دان نفسه ، وعمل لما بعد الموت ، والعاجز من اتبع نفسه هواها ، وتمنى على الله "
Ertinya; “Orang yang sempurna akalnya ialah orang yang sentiasa memeriksa dirinya, dan beramal untuk bekal sesudah mati, sedangkan orang yang lemah akalnya ialah orang yang mengikut hawa nafsunya, dan  bercita-cita untuk mendapat  keredaan  Allah tanpa beramal”.

Pengurusan jenazah yang sempurna merupakan suatu penghormatan dan khidmat yang terakhir kepada insan yang pulang menghadap Tuhan. Kita perlulah sentiasa mengingati tentang kematian agar dapat dijadikan sebagai iktibar dan pengajaran. Mengingati mati boleh menerbitkan rasa insaf dan mendorong kita untuk berubah menjadi insan yang lebih baik. InsyaAllah...

“Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kamu tangisi boleh berbicara, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kamu sekalian, nescaya kamu akan melupakan jenazah tersebut dan mulai menangisi dirimu sendiri.” 
-Imam Al-Ghazali

Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Bimbingan serta panduan yang telah diberikan kepada para peserta tentang cara-cara pengurusan jenazah yang betul serta mengikut syariah Islam diharapkan dapat dimanfaatkan pada masa akan datang.


"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai kematian dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
Surah Ali Imran (3) : 185

0 comments:

Wednesday, August 21, 2013

MELTECH DINNER AND AWARDS 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 17 Mei 2013 yang lalu, telah berlangsung MELTECH DINNER AND AWARDS yang bertempat di Hotel Golden Crown Klang dengan bertemakan Serenity Garden (The Elegance of White). Majlis makan malam merupakan acara tahunan bagi persatuan Meltech. 



Majlis makan malam ini diadakan untuk menyampaikan anugerah kepada para pelajar serta staff yang menonjolkan pencapaian yang membanggakan sepanjang tahun ini. Selain itu, majlis ini juga bertujuan untuk meraikan pelajar-pelajar tahun akhir yang bakal menamatkan pengajian mereka sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makmal Perubatan. Majlis ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama pelajar serta staff Meltech. 

Timbalan Dekan FSK Dr. Mohd Hanafi Ali telah berbesar hati untuk merasmikan MELTECH DINNER AND AWARDS. 

Majlis perasmian sedang berlangsung

Pengacara majlis yang cantik dan segak (saudari Munirah dan saudara Faisal)

Dengan bertemakan warna putih para hadirin tampil anggun dan segak bergaya untuk memeriahkan majlis makan malam ini. Antara hadirin yang datang pada malam tersebut terdiri daripada para pelajar dari setiap part (part 2, part 4, part 6 dan part 8) serta staff-staff Meltech. 

Pelajar part 8



Pelajar part 6

Pelajar part 4

Pelajar part 2

Kemeriahan pada malam tersebut

Majlis telah dimeriahkan lagi dengan persembahan wakil dari setiap part. Sungguh berbakat sekali kakak-kakak dan abang-abang yang membuat persembahan pada malam tersebut. Masa inilah mereka dapat menonjolkan bakat masing-masing yang terpendam. :)

Persembahan wakil part 2

Persembahan wakil part 4

Persembahan wakil part 6

Persembahan wakil part 8



Bersesuaian dengan tema MELTECH DINNER AND AWARDS, beberapa kategori telah tercalon sebagai anugerah pada malam tersebut. 

Antara anugerah yang telah disampaikan pada majlis tersebut ialah anugerah Favourite Lecturer, Favourite Staff, Fashionable Students (setiap part), Happy Go Lucky Students (setiap part), Out of Box (setiap part) dan Co-curriculum & Academic Award (setiap part). Pemilihan calon bagi anugerah ini berdasarkan kutipan undi. Calon yang mendapat undi yang paling banyak dipilih sebagai pemenang. 

Bagi anugerah Favourite Lecturer disandar oleh En. Norhisham Haron dan Pn. Maimunah Bt Mustakim. Bagi anugerah Favourite Staff pula disandar oleh Pn. Khairulsulhi Bt Jalil. 


Favourite Lecturer

Favourite Staff


King (saudara Izzudin) dan Queen (saudari Adila)

Selain itu, Anugerah Sepanjang Hayat pula dianugerahkan kepada pelajar part 8 iaitu saudara Muadz dan saudari Jannah yang telah banyak memberi sumbangan sepanjang mereka bergelar sebagai pelajar Meltech. Tahniah dan syabas diucapkan. :)

Saudara Muadz

Saudari Jannah 


Pohon sirih pohon selasih,
Tumbuh merimbun di hujung laman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Menjadi kenangan sepanjang zaman.


Pengarah Program Meltech Dinner & Awards 2013 (saudara Haikal Shah)


Terima kasih diucapkan kepada para hadirin yang datang untuk memeriahkan Meltech Dinner and Awards ini. Tahniah juga diucapkan kepada para pemenang yang menerima anugerah pada malam tersebut. Semoga program ini akan berterusan supaya dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dan juga staff Meltech. 


Terbang selisih si burung kedidi, 
Terbang berduyun di waktu pagi,
Terima kasih daun keladi,
di lain tahun berjumpa lagi. 

Sekian, terima kasih.











0 comments:

Monday, August 19, 2013

Festival Mega Sports of Health Sciences (FeMo's) 2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Festival Mega Sports of Health Sciences (FeMo's) merupakan festival sukan tahunan Fakulti Sains Kesihatan (FSK). Femos 2013 telah berlansung selama 3 hari (9 hingga 11 Mei 2013) bertempat di Padang Kawad UiTM Puncak Alam.


Femos telah berlangsung buat pertama kali pada tahun 2012 dan dianjurkan oleh persatuan EHSAN (Environment Health and Safety). Pada tahun kedua penganjuran, persatuan MISA (Medical Imaging Student Association) telah menjadi penganjur bagi Femos 2013. 

Semua persatuan di bawah FSK telah mengambil bahagian dalam festival sukan ini. Antara persatuan yang terlibat ialah MELTECH (Medical Laboratory Technology), MISA (Medical Imaging), OPTIMIST (Optometry), PPPCK (Occupational Therapy), PHYTAS (Physiotherapy), NUSA (Nursing), EHSAN (Environment Health and Safety) dan NADA (Nutrition and Dietetic). 

Tujuan Femos diperkenalkan adalah untuk memupuk semangat kesukanan di kalangan para pelajar FSK. Antara acara yang telah dipertandingkan ialah badminton, bola keranjang, tarik tali, futsal, ping pong, rugbi, bola jaring, merentas puncak, tenpin boling dan perbarisan. 
  
Pasukan Bola Jaring 



Team rugbi 

Team futsal lelaki 



Team tarik tali

Team bola keranjang lelaki

Badminton beregu lelaki


Badminton perempuan

Team bowling

Ping pong

Merentas puncak
  

MELTECH JOHAN KESELURUHAN

Buat julung kalinya, persatuan MELTECH telah berjaya dinobatkan sebagai JOHAN KESELURUHAN FEMOS 2013 mendahului 7 persatuan lain yang bertanding. Tahniah dan syabas diucapkan kepada persatuan Meltech. Tempat kedua pula disandar oleh persatuan OPTIMIST dengan perbezaan 19 mata. 

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada para pemain yang mewakili persatuan Meltech. Semoga kejuaraan ini dapat dikekalkan pada Femos yang akan datang. InsyaAllah..


Presiden Meltech (saudara Saddam Hussein) dan mantan-mantan presiden (saudara Muadz dan saudara Aizat) naik ke pentas untuk menerima Piala Dr Hamzah daripada Timbalan dekan FSK, Dr Mohd Hanafi Ali.

PIALA DR. HAMZAH (JOHAN KESELURUHAN)




 Wajah-wajah gembira para pemenang

 Piala Dr Hamzah dan pingat-pingat yang telah berjaya dimenangi


Syabas dan tahniah diucapkan kepada para peserta yang mengambil bahagian dalam festival sukan Femos 2013. Semoga semangat kesukanan ini akan berterusan pada masa yang akan datang. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Femos 2013.  :)



0 comments: