LATEST NEWS

Thursday, May 29, 2014

Festival Mega Sports of Health Sciences V3 (FEMOS V3) 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Festival Mega Sports of Health Sciences kali ketiga atau  lebih dikenali sebagai  FEMOS V3 telah berlangsung pada bulan 9 Mei 2014 hingga 13 Mei 2014. Program ini merupakan temasya sukan tahunan bagi Fakulti Sains Kesihatan UITM Puncak Alam dan merupakan satu medium bagi mengeratkan silaturrahim antara para pelajar dan semua pihak yang terlibat secara lansung.



Selain itu, para pelajar juga diberi peluang untuk bergiat aktif dalam bidang kokurikulum melalui aktiviti sukan
yang diadakan. FEMOS V3 pada kali ini menampilkan 14 acara sukan antaranya Futsal, Bola Keranjang, Bola Baling, Bola Jaring, Marathon, Badminton, Pingpong, Catur, Petanque, Rounders, Tarik Tali, Bowling,
Memanah dan Berbasikal. Pada tahun 2012, FEMOS diadakan buat pertama kali dan dianjurkan oleh persatuan EHSAN (Environmental Health and Safety) diikuti tahun kedua program ini diadakan, persatuan MISA (Medical Imaging Student Association) menjadi penganjur FEMOS 2013. Pada kali ini pula, persatuan PPCK (Occupational Therapy) menggalas tanggungjawab sebagai penganjur FEMOS V3.

Antara persatuan yang terlibat ialah MELTECH (Medical Laboratory Technology), MISA (Medical Imaging Student Association), OPTIMIST (Optometry), PPCK (Occupational Therapy), PHYTAS (Physiotheraphy), NUSA (Nursing), EHSAN (Environmental Health and Safety) dan NADA (Nutrition and Dietetic).


Pasukan rounders


                              
                                                                  Aksi peserta petanque


Pasukan pinpong


Pasukan futsal perempuan


 Pasukan futsal lelaki


Aksi pemain badminton lelaki


Pasukan bola keranjang perempuan


Pasukan bola jaring


Pasukan bola baling perempuan dan lelaki


Pasukan tarik tali


Perbarisan


Selain daripada sukan yang dianjurkan, terdapat FEMOS V3 Running D'Puncak terbuka kepada pelajar pada 13 Mei 2014. Pelbagai hadiah yang lumayan ditawarkan manakala karnival FEMOS diadakan di padang kawad UITM Puncak Alam pada 10 Mei hingga 11 Mei 2014.


        



MELTECH JUARA KESELURUHAN !




MELTECH telah merangkul sebanyak 10 pingat emas bagi sukan rounders, catur, pinpong (L) individu dan beregu, bola baling (L) dan (P), badminton (L) individu, bola keranjang (L), bowling dan tarik tali. Bagi pingat gangsa pula, sukan futsal (L), bola keranjang (P) dan bola jaring. Akhir sekali, pingat gangsa bagi sukan pinpong (P) individu. Buat kali kedua, persatuan MELTECH sekali lagi berjaya dinobatkan sebagai JOHAN KESELURUHAN FEMOS 2014 mendahului persatuan lain yang bertanding.
        




Alhamdulillah dan syabas diucapkan kepada para pelajar dan semua pihak yang terlibat dalam FEMOS V3 pada kali ini. Moga semangat kesukanan ini dapat diteruskan dan kejuaraan dapat dikekalkan pada FEMOS akan datang. insya Allah....








0 comments: