LATEST NEWS

Thursday, April 12, 2012

Inspirasi Pencinta Alam II :)


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya mula bicara :)

Inspirasi Pencinta Alam II adalah merupakan aktiviti pertama Meltech untuk tahun ini. Kali ini, kami memilih untuk ke Sg. Chilling yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Kuala Selangor untuk memantapkan lagi fizikal dan mental kami dalam merentas sungai hutan belantara melawan harimau singa dan serigala (okay saya tipu je pasal belantara dan haiwan buas itu :)

Maka itu, saya selitkan beberapa gambar yang telah ditangkap diambil di-snap sepanjang perjalanan naik turun kami di Sg. Chilling untuk santapan mata anda semua :)




SELAMAT DATANG KE SANTUARI IKAN SUNGAI CHILLING! 


Kami bergerak pukul 730pagi dan sampai dalam 9pagi.
Haa bergambar dulu sebelum peluh-peluh meredah hutan :)
*keluarga semester 6*


Daaaaan bergambar lagi :)
*keluarga semester 8*



Kami memulakan penerokaan (ececeh 'peneroka' ayat) tepat pada pukul 930pagi.
Baru nak naik hutan dah nampak sungai yang aman damai tenteram harmoni ni.


Laluan sempit dan lecak di awal misi kami untuk sampai ke destinasi.

Sepanjang perjalanan, banyak yang kami belajar tentang bumi Allah yang indah ini. Prof. Wan Kamil Wan Mohamad (tu kat belakang tu) sempat menunjukkan kesan tapak babi hutan mencari makanan. Dia juga ada memberi tahu ada pokok yang boleh dipegang dan ada yang tidak kerana ada spesies yang boleh membawa mudarat kepada manusia. Banyak ilmu hutan yang dikongsi beliau bersama kami. Baiklah, mari kita sambung perjalanan kita :)


Di samping itu, Dr. Izham Abdul Rahim bersama anak buahnya dari luar negara, Dat, turut menyertai kami dalam ekspedisi ini :)


Hati-hati merentas sungai ye kakak-kakak :)


Dah macam mangsa banjir dah. 
Ini semua kerana ada beberapa sungai yang kami lalui, arus sangat kuat ye. Dan ada satu sungai tu, paras air mencecah ke perut ye. Haa.

Tapi tidak mengapa. Kami cekal meneruskan penjelajahan kami. Nak sampai dah ni. Sikit lagi ni haaa.


HAA SAMPAI! SG. CHILLING! 
Alhamdulillah, hasil kecekalan kemantapan kekuatan kecerdasan ketangkasan fizikal dan semangat kerjasama kami warga Meltech dalam merentas desa (eh hutan,maaf), inilah destinasi kami! :)


Kami dah sampai! :)


Bersantai di samping merapatkan silaturrahim antara ahli-ahli Meltech :)



Dari kiri : Dr. Izham Abdul Rahim (Prof Madya), Prof. Wan Kamil Wan Mohamad (Timbalan Dekan Akademik) dan Dat.



Terdapat banyak ikan yang berenang-renang dahulu, bersenang-senang kemudian (eh?) 
INFO : Antara jenis ikan yang terdapat di sini ialah ikan kelah.


Peraturan di santuari ini ialah untuk tidak menangkap, memakan, memasak, memanggang, menggoreng, mengstim mahupun memasak tiga rasa atau apa-apa sahaja yang membawa kepada ajal ikan-ikan di sini. Tujuannya adalah untuk memelihara dan membolehkan mereka membiak secara semula jadi. Itulah idea untuk perkataan SANTUARI :)


Ehem :) 


Air terjun selaju 200km/h yang bakal membawa kepada saman ekor kalau di lebuhraya. Heh.
Air terjun dan sungai yang sejuk sangat mengamankan.


 One happy family at Sg. Chilling :)


Maka nya, setelah selesai semua agenda, kami begerak pulang dengan meneroka kembali laluan hutan dan denai sambil membawa kenangan dan pengalaman indah ini di dalam kotak sanubari kami :)


Selamat tinggal!

Akhir kata, banyak ilmu alam yang dipelajari oleh kami sepanjang ekspedisi ini. Sesungguhnya, kita patut menghargai dan memelihara kurniaan Allah yang indah ini. Aktiviti kali ini sangat mencabar fizikal kami dalam memantapkan stamina serta mental kami untuk meneruskan penjelajahan kami untuk sampai ke puncak destinasi. Sifat kerjasama,saling membantu dan ambil berat seperti sebuah keluarga dapat dilihat antara senior,junior serta pensyarah kami. Itu sahaja buat kali ini :)

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung. Penglibatan anda semua adalah amat kami hargai :)

1 comments:

hana said...

Assalamualaikum.
saya dpt degree kat uitm dalam bidang ni. saya tgh mencari senior2 nk tanya pasal bidang ni. tolongg tolongg. eheh