LATEST NEWS

Thursday, January 26, 2012

MELTECH Science Investigation (MSI Volume 2)

Assalamualaikum....

Dah lama blog ni tidak update, jadi pada entry kali ni nak buat report pasal MSI volume 2 MELTECH 2011. Program MSI ini sebenarnye merupakan salah satu program untuk merapatkan lagi pelajar-pelajar tahun 1 dan juga membantu mereka untuk membiasakan diri di UiTM ni. Senang cerita nye program ni yang biasa orang kenal sebagai orientasi la.  Pada kali ni, MSI bertempat di Pulau Pangkor, Perak darul Ridzuan. Mula-mula agak terperanjat jugak sebab kos lain kat UiTM Puncak Alam ni semua buat kat dalam kampus je tapi MELTECH Berjaya membawa MSI ni ke luar dari kampus. Luar negeri pulak tu . Semua ni jasa daripada MT dan Exco-exco MELTECH yang diketuai oleh saudara Muadz. Terima kasih kami ucapkan. 



Exco-exco MELTECH 2010-2011







Seminggu sebelum bertolak, pelajar part 1 diberi tugasan untuk mencari tanda tangan senior-senior yang di dalam senarai yang diberikan. Kelam kabut la budak-budak ni nak mintak tanda tangan senior sebab kalau siapa yang tak penuh akan didenda kat pulau pangkor nanti. Ramai part 1 berkumpul kat merata tempat untuk memenuhi kehendak mereka itu. Kat student center penuh, kat dewan kuliah part 7 pun penuh, sampai kat lab pun mereka beratur semata mata nak tanda tangan. Yang bagusnye, aktiviti ni berjaya membawa part 1 untuk lebih mengenali senior-senior mereka.

Pada 7 oktober hari jumaat, pelajar part 1, fasilitator daripada pelajar part 7 dan juga MT serta exco MELTECH bertolak daripada kampus dengan melibatkan 3 buah bas. Sampai di lumut jam 3 petang, dan meneruskan lagi pengembaraan ke pulau pangkor dengan menaiki feri.


Sampai je dekat Jeti pulau pangkor, kami menaiki van sewa warna pink ke kem teluk nipah. Laju bebenor pak cik tu bawak van sampai nak muntah. Sekejap je sampai kat kem.  Petang tu aktiviti kami hanya mendirikan khemah dan mengemas apa yang patut.




























                                                     Antara mangsa-mangsa permainan




                                               
Pada hari berikutnya, aktiviti pertama adalah senam robik yang dikendalikan oleh saudara farid. Selepas sarapan pagi, kami dibawa untuk jungle trekking hingga ke kawasan tepi pantai.........
























Sebelah petang pula, ade explorace yang di organize oleh saudara farid...memang mencabar explorace nya sebab nak kena lari jauh-jauh dalam panas terik....nasib baik tade yang pengsan...




Sarung tangan bergetah`s
Sebelah malamnya, merupakan malam bakat di mana pelajar-pelajar part 1dikehendaki untuk membuat persembahan.....antara tema nya ialah retro, kpop, tradisional, hindustani, klasik....







Antara kumpulan dan video nya boleh tengok kat sini 

kumpulan giardina lamblia


Keesokan pagi, aktiviti yang terakhir iaitu snorkeling....semua pelajar tidak kira tua dan muda menyertai akitiviti ini di mana kami di bawa ke sebuah pulau dengan menaiki bot yang mempunyai 500 kuasa kuda....





Dalam pukul 2.30 petang, kami mula bergerak ke jeti pulau pangkor....banyak kenangan di sini dan sudah pasti banyak pengalaman yang kami dapat.....









Terima kasih sekali lagi di ucapkan kepada Exco-exco MELTECH kerana sudi mengadakan MSI sehingga ke pulau pangkor...terima kasih daun keladi, ada peluang insyaALLAH kita jumpa lagi....Ukhuwah fillah ya soddiqi...



1 comments:

nuraishah said...

Nice.. And my pic pun ada dlm post nie.. Bagus2.. Heheh.. Swet memories w all the juniors... <3