LATEST NEWS

Thursday, January 23, 2014

Annual General Meeting

Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera..
Salam 1 UiTM..
Salam 1 MELTECH..

Setiap tahun, akan terdapatnya perubahan dalam tampuk kepimpinan Persatuan Pelajar Teknologi Makmal Perubatan. Dengan wujudnya perubahan ini maka akan terpilihlah muka-muka baru dalam mentadbir organisasi MELTECH seterusnya menggalas tanggungjawab yang maha berat.

Sebelum berlakunya perubahan-perubahan ini, satu "Annual General Meeting" telah diadakan bagi memenuhi kehendak universiti kepada setiap persatuan yang dijalankan. Justeru itu, dapat menyempurnakan lagi agenda-agenda yang telah diatur oleh kepimpinan persatuan pelajar MELTECH_14.



Dengan penghasilan poster daripada exco multimedia dan publisiti, maka tersebarlah maklumat yang lengkap tentang tarikh, hari, masa dan tempat AGM akan berlangsung.



Terukir senyuman exco-exco yang bertugas di meja pendaftaran bagi menyambut kedatangan ahli-ahli persatuan. Oleh itu, bermulalah pendaftaran ahli-ahli persatuan pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makmal Perubatan.
Setelah pendaftaran selesai, ahli-ahli persatuan dikehendaki untuk berkumpul di dalam Dewan Kuliah 11 sementara menunggu bermulanya AGM.




Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu UiTM Di Hatiku.
Diikuti dengan memuji nama-nama Allah, Asma' Ulhusna.
Begitu bersemangat para pensyarah serta ahli-ahli persatuan semasa menyanyikan lagu-lagu tersebut.



Tidak lengkap majlis sekiranya tiada sebarang ucapan.
Selaku penasihat persatuan pelajar MELTECH, En Hisham Haron, telah memberikan ucapan yang sangat bermanfaat kepada semua ahli persatuan.
Seterusnya, ucapan perasmian yang disampaikan oleh Dr Mazura bt Bahari merangkap penaung dan koordinator bagi persatuan pelajar MELTECH.


 Majlis diteruskan lagi dengan pembentangan laporan MELTECH sepanjang tahun 2012/2013.

Agenda-agenda mesyuarat seterusnya diketuai oleh Presiden MELTECH_14,
saudara Muhammad Saddam Hussein bin Alias.

Pembentangan laporan bagi setiausaha telah disampaikan oleh Setiausaha 1 MELTECH_14,
saudari Nurul Izni bt Rosman.

 Manakala pembentangan laporan kewangan dibentangkan oleh Bendahari 1 MELTECH_14,
saudari Nur Amirah bt Hassan.



Dengan berlangsungnya sesi penyerahan fail daripada Majlis Tertinggi MELTECH_14 kepada Majlis Tertinggi MELTECH_15 maka beralihlah tanggungjawab kepada kepimpinan yang baru.

 Tahniah diucapkan kepada kepimpinan MELTECH_14 dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin.

Tahniah juga diucapkan kepada kepimpinan MELTECH_15. Kepercayan yang diberikan kepada mereka yang dipilih dalam menerajui kepimpinan persatuan pelajar MELTECH diharapkan  dapat digunakan sebaik-baiknya.


Lebar senyuman Presiden MELTECH_15, saudara Ahmad Izzat bin Ahmad Basri semasa menyampaikan ucapannya buat kali pertama.

Seterusnya ucapan yang penuh bersemangat daripada Setiausaha 1 MELTECH_15,
saudari Shahira Fariza bt Maslan.

Diikuti ucapan daripada Bendahari 1 yang disampaikan oleh saudari Nurul Azmiera bt Zamri.



 Terpancar wajah gembira para mantan apabila tanggungjawab mereka telah beralih kepada kepimpinan yang baru. Walaubagaimanapun, setiap pengalaman yang mereka perolehi sepanjang berada di dalam organisasi diharapkan dapat dikongsi bersama-sama kepimpinan yang baru.



 Penat lelah menjadi pengarah program, akhirnya membuahkan hasil apabila program mereka tepilih menjadi program terbaik. Berikut merupakan senarai program terbaik yang telah dipilih mengikut undian majoriti.

Pertama : Program Amal Palestin
Pengarah Program - saudara Wan Muhammad Hanif bin Husin

Kedua : Meltech Bonding Day
Pengarah Program - saudara Mohammad Muslim bin Mohammad Effendi.

Ketiga : Meltech Dinner and Awards 2013
Pengarah Program - saudara Mohamad Haikal bin Mohamad Shah

Tahniah dan syabas diiucapkan. Tidak lupa juga kepada semua exco yang terlibat daripada bermulanya kertas kerja dirangka sehinggalah kepada ucapan penghargaan. Ucapan terima kasih juga ditujukan buat mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.



Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Dr Mazura kerana telah meluangkan masa untuk bersama-sama ahli-ahli persatuan dalam AGM kali ini. 





Jutaan terima kasih ditujukan khas buat para pensyarah yang hadir bagi menyerikan lagi AGM kali ini.


























Tersenyum lebar ahli-ahli persatuan setelah berakhirnya AGM kali ini. Semoga ukhwah yang terjalin diantara ahli-ahli persatuan akan tetap terjalin sampai bila-bila.
Tahniah juga diucapkan kepada ahli-ahli persatuan kerana dapat menghadirkan diri dan memeriahkan lagi AGM yang diadakan sekali dalam setahun.


Diharapkan juga semoga ahli-ahli persatuan sentiasa memberikan sokongan yang padu bagi setiap program yang dianjurkan oleh kepimpinan MELTECH_15.
Tidak wujud sesebuah program yang hebat jika tiada kerjasama daripada ahli-ahli persatuan dalam menyempurnakan tugasan.



"MELTECH  ABOVE AND BEYOND EXCELLENCE"



0 comments: